Belgium tarik diri dari acara triathlon
Belgium menarik diri daripada acara triathlon campuran Olimpik Paris 2024 yang dijadual berlangsung pada Isnin selepas seorang atletnya jatuh sakit, lapor Agensi Anadolu.
Pasukan itu dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa atletnya Claire Michel, jatuh sakit dan terpaksa menarik diri daripada pertandingan.