Belian semasa harga rendah dijangka rangsang Bursa Malaysia minggu ini
Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti pembelian saham berharga rendah minggu depan selepas tidak mengalami banyak perubahan baru-baru ini berikutan pelabur menilai semula sentimen pasaran sementara menunggu petunjuk makroekonomi global yang utama.

