Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat
Perkara itu dikongsikan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang memaklumkan selepas perbincangan selesai, barulah keputusan akan diumumkan.
Pada Khamis Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menerusi kenyataan mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.