Bursa Malaysia diunjurkan meningkat pada minggu ini
Pasaran Bursa Malaysia dijangka meningkat pada minggu ini dengan aktiviti belian semasa harga rendah yang berterusan. Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan dalam julat 1,420-1,440.