COVID-19 | 2,054 kes baharu, tiada kematian
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Sabtu turun kepada 2,054 kes, berbanding 2,618 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, tiada kes kematian dicatat semalam, termasuk kes di luar fasiliti kesihatan, 'brought-in-dead' (BID).