Skip to main content

Malaysia

Polis minta kerjasama orang ramai kesan remaja 14 tahun

Orang ramai yang melihat remaja berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi balai polis berhampiran. - Foto Sinar Harian
Orang ramai yang melihat remaja berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi balai polis berhampiran. - Foto Sinar Harian
Advertisement

NILAI: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Melati, Ulu Beranang, Lenggeng pada 18 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Chen Youki pada 9.46 malam, 21 Nov.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima, pelajar tingkatan dua itu keluar dari rumah pada 18 Nov kira-kira 4 petang untuk bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.

Advertisement

"Ketika keluar, remaja itu memakai kemeja-T putih dan seluar pendek. Sehingga laporan polis dibuat remaja berkenaan masih belum pulang ke rumah manakala panggilan telefon daripada ahli keluarganya tidak dijawab," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang melihat remaja berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement