Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,099 orang, daripada 4.24 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.