COVID-19 | Dos penggalak kedua untuk usia 60 tahun ke atas
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menyarankan golongan berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi untuk mendapat dos penggalak kedua.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, saranan itu adalah berdasarkan nasihat Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG), selepas mereka meneliti kajian saintifik, kajian kohort, serta amalan di negara-negara lain.