COVID-19 | Hishammuddin jalani isolasi di HAT Tuanku Mizan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan selepas disahkan positif COVID-19 semalam.
Menerusi satu kenyataan, Hishammuddin berkata beliau ketika ini mengalami gejala namun berada dalam keadaan yang baik.
