Usaha memelihara Antartika perlu dipertingkat - Sultan Mizan
Sultan Mizan bertitah usaha memelihara benua itu amat mustahak kerana pencairan pelantar ais Antartika akibat pemanasan global telah menyebabkan kenaikan aras laut sebanyak 7.4 milimeter, seperti yang digariskan dalam Laporan Penilaian Keenam Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).
