Tempahan bilik hotel merosot, sambutan CNY di Hat Yai suram
Sambutan Tahun Baharu Cina di Hat Yai tahun ini dilaporkan jauh lebih suram apabila kadar tempahan bilik hotel menjunam dan banyak premis perniagaan masih belum beroperasi beberapa bulan selepas banjir besar melanda bandar itu, tahun lalu.