COVID-19 | Kes sporadik petanda peningkatan kes boleh berlaku
Sabah hari ini merekodkan 3,735 kes baharu positif COVID-19 dengan 66.45 peratus daripadanya melibatkan jangkitan sporadik.
Jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata peratusan kes sporadik menjadi petanda bahawa jumlah kes baharu boleh naik mendadak.