Dakwa capai rangka kerja perjanjian Greenland dengan NATO
Donald Trump tidak akan meneruskan tarif 1 Februari selepas mendakwa mencapai rangka kerja perjanjian masa depan berhubung Greenland dan rantau Artik bersama NATO. Rundingan seterusnya tertumpu pada projek Golden Dome dan peranan strategik AS di Artik. Denmark setakat ini belum memberikan komitmen terhadap isu kedaulatan.
