awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong kecewa, pemain Man City bayar semula tiket di Bodo
Santuni lebih 7,000 pelanggan, Khairul Aming terpaksa dapatkan rawatan
Parlimen: Sekatan terhadap Grok tidak kekal, tunggu jawapan balas X

Kalendar pelancongan Perlis 2026 tampil pelbagai program termasuk bertaraf antarabangsa

Bernama
Bernama
22/01/2026
02:50 MYT
Kalendar pelancongan Perlis 2026 tampil pelbagai program termasuk bertaraf antarabangsa
Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) berkenan berangkat pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 dan Kalendar Acara Pelancongan Tahun 2026 di Dewan Warisan, Kangar. --fotoBERNAMA
KANGAR: Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perlis 2026 merangkumi beberapa program utama termasuk bertaraf antarabangsa dalam usaha merancakkan penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024-2026 (TMP 2024-2026) yang menyasarkan kedatangan lima juta pelancong tahun ini.
Menteri Besar Abu Bakar Hamzah berkata program bertaraf antarabangsa antaranya ialah Konvensyen Sunah Antarabangsa Perlis yang akan berlangsung pada 30 Jan hingga 1 Feb, World Kite Festival@Perlis (10 hingga 11 Feb) dan Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis (4 hingga 6 Sept).
Selain program bertaraf antarabangsa itu, beliau berkata terdapat juga penganjuran Pesta Sauk Sotong Perlis (24 hingga 25 Jan), Pesta Angin Timur Perlis (6 hingga 8 Feb) serta Festival Rakyat 3.0 dan Citrawarna (22 hingga 24 Mei).
"Kita juga ada nafas baharu kempen TMP 2024-2026 dengan slogan 'Hampa Nak Pi Mana? Mai Lah Perlis' yang memberikan fokus kepada lima segmen utama, iaitu The Great Northern Escape (pelancongan alam dan pengembaraan).
“Segmen lain ialah Agro-Tourism & Flavours of Perlis (pelancongan gastronomi), Rustic Charm & Slow Living (relaksasi), Muslim Friendly Offering serta Border Crossings & Cultural Fusion (beli-belah dan warisan),” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 dan Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perlis 2026 di Dewan Warisan, di sini malam tadi.
Pelancaran itu disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Turut berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Abu Bakar berkata penubuhan Biro Pelancongan, Seni, Budaya, Hiliran dan Warisan di bawah Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis akan membantu penyelarasan, khidmat nasihat serta pelaksanaan program pelancongan negeri.
"Pelancongan adalah antara pemacu utama sumber ekonomi rakyat Perlis. Usahakanlah, manfaatkanlah, peliharakanlah dan perjuangkanlah sektor ini demi kesejahteraan generasi akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#pelancongan
#program bertaraf antarabangsa
#Abu Bakar Hamzah
#Tuanku Syed Sirajuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.