Darren bantu Harimau Malaya raih tiga mata penuh
Penyerang Darren Lok memastikan Malaysia meneruskan momentum kemenangan selepas menundukkan Chinese Taipei 1-0 pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei, malam ini.