DSA 2022 | Rantau Asia berdepan ancaman lebih serius
Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 dijangka dapat membuka lebih ruang kerjasama diantara negara serantau dan global.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ia bagi memastikan setiap ancaman dihadapi negara Asia yang lebih serius ketika ini boleh ditangani.