Ringkasan AI
- Seorang pemandu lelaki yang sebelum ini terlibat kemalangan dan positif dadah sekali lagi terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Sabtu lalu.
- Suspek berusia 39 tahun memandu Toyota Vios melanggar Nissan Grand Livina, menyebabkan perlanggaran berantai melibatkan Proton Wira, tanpa kecederaan dilaporkan.
- Polis menemui dadah jenis MDMA dan Eramin 5 dalam ujian urin suspek, dan kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
KUALA PILAH: Seorang pemandu lelaki sebelum ini terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan dan didapati positif dadah, sekali lagi dikaitkan dengan kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran pekan Tanjong Ipoh, di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata kemalangan kira-kira 2.45 petang itu, dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Vios dipandu suspek dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Bahau, sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina.
Beliau berkata akibat daripada perlanggaran tersebut menyebabkan Nissan Grand Livina itu menggelongsor ke hadapan sebelum melanggar sebuah kereta Proton Wira.
“Hasil pemeriksaan urin pihak polis menemukan bahan yang disyaki dadah jenis MDMA dan Eramin 5. Suspek berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Mustafah berkata suspek berusia 39 tahun itu, sebelum ini pernah dituduh mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan membabitkan semua pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu, namun ketiga-tiga kenderaan mengalami kerosakan dan kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Tanjong Ipoh?
A: Kemalangan melibatkan tiga kenderaan berlaku apabila sebuah Toyota Vios melanggar bahagian belakang Nissan Grand Livina, menyebabkan Grand Livina menggelongsor dan melanggar Proton Wira. - Q: Apakah hasil pemeriksaan polis terhadap pemandu Toyota Vios?
A: Pemeriksaan urin mendapati pemandu positif dadah jenis MDMA dan Eramin 5. - Q: Apakah tindakan yang diambil pihak polis terhadap suspek?
A: Suspek telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah untuk siasatan lanjut. - Q: Adakah terdapat kecederaan dalam kemalangan tersebut?
A: Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan semua pemandu yang terlibat, namun ketiga-tiga kenderaan mengalami kerosakan. - Q: Apakah rekod kesalahan lalu lintas suspek sebelum ini?
A: Suspek pernah dituduh mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.