Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

DUN N.42 Tioman | Proses pengundian awal lancar

DUN N.42 Tioman | Proses pengundian awal lancar

Undi awal DUN N.42 Tioman, bermula lancar di bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan di bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

Seramai 243 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat mengundi di dua saluran yang dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang di IPD Rompin dan 8 pagi hingga 12 tengahari di Balai Polis Tekek Pulau Tioman.