DUN Sabah | Belanjawan Sabah 2023 diluluskan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan Sabah 2023 berjumlah RM5.138 bilion, setelah dibahas dan digulung bermula Isnin lepas.
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata usul Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) itu diluluskan dengan suara terbanyak.