Skip to main content

Malaysia

RoS tidak pernah lulus pendaftaran NGO Rohingya di Malaysia

RoS memaklumkan bahawa setiap permohonan pendaftaran pertubuhan diteliti dan dinilai oleh Pendaftar Pertubuhan, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).
RoS memaklumkan bahawa setiap permohonan pendaftaran pertubuhan diteliti dan dinilai oleh Pendaftar Pertubuhan, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Ringkasan AI

  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menegaskan tiada pendaftaran pertubuhan Rohingya sebagai NGO pernah diluluskan di Malaysia.
  • Setiap permohonan pendaftaran pertubuhan dinilai mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan tidak dijamin kelulusan walaupun syarat asas dipenuhi.
  • Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat rasmi dan mengelak penyebaran maklumat tidak tepat berkaitan status pertubuhan.
Advertisement

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang pendaftaran pertubuhan Rohingya sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

RoS dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan bahawa setiap permohonan pendaftaran pertubuhan diteliti dan dinilai oleh Pendaftar Pertubuhan, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

“Pemenuhan syarat asas permohonan tidak bermakna sesuatu pertubuhan akan mendapat kelulusan pendaftaran secara automatik.

Advertisement

“Sebaliknya, setiap permohonan tertakluk kepada proses penelitian dan pertimbangan Pendaftar Pertubuhan, sebelum keputusan dibuat,” menurut kenyataan itu.

RoS turut menjelaskan bahawa syarat asas pendaftaran pertubuhan termasuk mempunyai sekurang-kurangnya tujuh ahli, perlembagaan pertubuhan yang lengkap, pemegang jawatan yang sah serta permohonan lengkap menerusi sistem eROSES.

Advertisement

“Proses pendaftaran bermula dengan pengemukaan permohonan melalui sistem berkenaan, diikuti semakan dokumen dan maklumat, sebelum dinilai berdasarkan peruntukan Akta 832. Keputusan kelulusan pendaftaran kemudiannya dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan,” menurut kenyataan itu. 

RoS turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat.

Permohonan pendaftaran pertubuhan boleh dikemukakan menerusi sistem eROSES di www.eroses.gov.my.

Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi Threads menerusi akaun x_.tw9, membangkitkan isu status Rohingya Society Malaysia (RSM) yang didakwa tidak sah, selain mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan polis terhadap pertubuhan itu pada 2020.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement