EgyptAir, Saudi Airline tangguh penerbangan ke Khartoum
EgyptAir dan Saudia Airline semalam umum menangguhkan penerbangan ke Sudan atas faktor keselamatan susulan pertempuran yang meletus di ibu kota Khartoum.
Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikat penerbangan Mesir itu memaklumkan penerbangan keluar masuk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum akan dihentikan selama 72 jam.