Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan, pelaburan tertinggi dalam sejarah
Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan purata tahunan sebanyak 5.2% bagi tempoh 2021 hingga 2024, melebihi trend sederhana ekonomi global dalam tempoh yang sama. Pertumbuhan ini didorong oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, serta sokongan kukuh daripada permintaan domestik, khususnya perbelanjaan sektor swasta yang berkembang pada kadar 5.7% setahun.