Skip to main content

Advertisement

FBI dakwa Iran godam kempen Donald Trump

FBI dakwa Iran godam kempen Donald Trump

Iran didakwa menjadi dalang di sebalik penggodaman kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini, pegawai perisikan AS mengesahkan.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi persekutuan lain dalam kenyataan bersama mendakwa, Iran telah memilih untuk campur tangan dalam pilihan raya AS “untuk mencetuskan perselisihan dan menjejaskan keyakinan terhadap institusi demokrasi kita."