Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gempa Bumi | Kerajaan sedang nilai situasi di Syria sebelum putuskan hantar bantuan

Gempa Bumi | Kerajaan sedang nilai situasi di Syria sebelum putuskan hantar bantuan

Wisma Putra sedang menilai situasi di Syria sebelum memutuskan untuk menghantar sebarang bantuan ke negara tersebut.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, konsulat kehormat di Damsyik, Syria dan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan kini sedang mengumpul semua maklumat berkaitan gempa bumi di negara tersebut.

Dalam pada itu, Zambry turut memaklumkan tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.