Harga beras putih tempatan dinilai semula
Kerajaan masih menilai cadangan menaikkan harga beras putih tempatan daripada RM2.60 kepada RM3.60 sekilogram. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, memberi jaminan bahawa keputusan akan mengambil kira kepentingan pesawah, pengguna dan industri.