Hari ke-135 genosid, puluhan lagi terbunuh di Gaza
Puluhan lagi rakyat Palestin disahkan terbunuh dalam tempoh beberapa jam lepas akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang kini masuk hari ke-135, menurut sumber tempatan dan perubatan. Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa bandar-bandar dan kem pelarian di tengah Gaza menjadi sasaran serangan dengan ramai orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara dan meriam tentera rejim.