Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 November 2026.

  1. Anwar nafi dakwaan kerajaan sebar minit mesyuarat Lembaga Pengampunan

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya kerajaan menyebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan tahanan rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

  2. Renjat ayam hingga mati: Syarikat pembekal, dua pengarah, pengurus, pekerja didakwa isu halal

    Sebuah syarikat pembekalan penyembelihan ayam, dua pengarah, seorang pengurus dan seorang pekerjanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini, atas pertuduhan membekalkan 6,555kg ayam dengan memperdayakan orang ramai bahawa produk berkenaan halal, selain bersubahat dalam kesalahan itu bulan lalu.

  3. Pendengaran hujah cabar perintah tahanan rumah Najib 17 Mac 2027

    Hujahan berhubung permohonan semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam Malaysia bagi mencabar perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan didengar pada 17 Mac 2027.

  4. Hodak pengendali baharu Harimau Malaya

    Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Croatia Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya.

  5. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said meninggal dunia

    Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said meninggal dunia pada pukul 6.01 petang Selasa pada usia 91 tahun.

  6. KPM cadang wajibkan kemasukan tahun satu pada usia enam tahun mulai 2029

    Kemasukan murid enam tahun akan ditawarkan secara pilihan pada 2027 dan 2028, sebelum diwajibkan sepenuhnya pada 2029.

  7. Empat tahun pentadbiran: Kerajaan MADANI perkukuh asas ekonomi negara – PM Anwar

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan yang tinggi bahawa Kerajaan MADANI berjaya membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kedudukan kewangan negara yang terbatas.

  8. Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kini berstatus dokumen awam - Saifuddin Nasution

    Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah dinyahklasifikasikan daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA) kini berstatus dokumen awam.

  9. PH Negeri Sembilan bimbang kemelut berterusan, jejaskan Belanjawan 2027

    Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PHNS) pada Isnin mendakwa kemelut politik dan pentadbiran yang berlarutan lebih 100 hari di negeri itu, jika tidak ditangani dengan segera, boleh menjejaskan persiapan menjelang pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027.

  10. PRN Sarawak: GPS dijangka gugurkan dua timbalan menteri dan timbalan speaker

    Timbalan Speaker DUN Sarawak, Datuk Idris Buang (PBB) di DUN Muara Tuang merupakan antara nama yang tidak akan mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum (PRN) Sarawak ke-13 pada 12 Disember depan.

Must Watch Video

Advertisement