Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Hujan berterusan tahap buruk di Kelantan dan Terengganu hari ini

Hujan berterusan tahap buruk di Kelantan dan Terengganu hari ini

Hujan berterusan kategori buruk diramal membadai beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu, hari ini.

MetMalaysia menyenaraikan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang antara daerah yang akan terjejas di Terengganu.

Di Kelantan, keadaan itu dijangka menjejaskan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.