Lebih untung beli unit terbuka berbanding guna diskaun Bumiputera?
Walaupun diskaun Bumiputera ditawarkan bagi menggalakkan pemilikan hartanah, sebahagian pembeli didakwa memilih unit terbuka yang hadir dengan rebat.
Menurut Pengasas Pejuang Komuniti Hartanah, Datuk Ahyat Ishak, situasi ini dikatakan antara faktor yang menyumbang kepada unit Bumiputera terus tidak terjual.