Rumah tak terjual makin banyak, sudah tiba masa pemaju didenda?
Dengan jumlah unit tidak terjual yang terus meningkat, ada yang berpandangan pemaju perlu dipertanggungjawabkan sekiranya membangunkan projek yang tidak memenuhi keperluan sebenar pasaran. Menurut Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah, Datuk Ahyat Ishak, pemaju digesa lebih memahami kehendak pasaran sebelum melancarkan projek baharu.