Skip to main content

Advertisement

IPEF | Malaysia yakin jadi negara perdagangan utama

IPEF | Malaysia yakin jadi negara perdagangan utama

Malaysia berpendirian dan yakin bahawa rangka kerja Ekonomi Indo-Pasifik Bagi Kemakmuran (IPEF) mampu membantu negara menjadi sebuah negara perdagangan utama di rantau ini, walaupun wujud dakwaan inisiatif tersebut akan gagal kerana mengasingkan China.

Sebagai sebuah negara perdagangan, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Malaysia tidak boleh bertindak bersendirian.

Sebaliknya, perlu menjalin hubungan ekonomi dengan pelbagai pihak termasuk China, Kesatuan Eropah (EU)
dan Amerika Syarikat.