Israel dakwa ranap terowong milik Hezbollah di Lubnan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Khamis mendakwa telah memusnahkan terowong unit elit radwan pasukan pejuang Hezbullah di selatan Lubnan.
Menerusi sebuah video yang dikeluarkan rejim itu, mereka menunjukkan bahagian terowong yang didakwa menyimpan senjata serta pemandangan udara ketika terowong itu dimusnahkan.