Jangan buat pinjaman tambahan selepas naik gaji - CUEPACS
Penjawat awam diingatkan tidak membuat pinjaman berlebihan atau bertindih sekiranya tiada keperluan susulan kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, SSPA seharusnya tidak dijadikan alasan untuk penjawat awam menambah pinjaman, yang akhirnya akan menambah beban kewangan.