Bagi mereka yang perlu memastikan gaji cukup untuk dibelanja sehingga hujung bulan, setiap tambahan ringgit pastinya bermakna.
Itu antara harapan yang disuarakan susulan pengumuman kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000, selain pengenalan gaji permulaan RM2,500 bagi graduan dan pekerja separa mahir menerusi Belanjawan 2027.
Persoalannya, sejauh mana kenaikan gaji ini mampu memenuhi keperluan semasa terutama dalam mendepani kos sara hidup?