Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jejas Pelancongan | SKMM diminta siasat kes tipu tempahan inap desa dalam talian

Jejas Pelancongan | SKMM diminta siasat kes tipu tempahan inap desa dalam talian

Kerajaan Terengganu akan meningkatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan kes penipuan tempahan rumah inap desa secara dalam talian tidak berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata pihaknya memandang serius masalah itu dan khuatir isu tersebut akan menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelancong untuk ke Terengganu.