Jenayah | Dua pegawai kanan, pesara ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan kerana meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.
Kedua-dua mereka ditahan pada jam 11 pagi Rabu ketika hadir di pejabat SPRM Sabah.