Pegawai kanan polis didakwa dua pertuduhan rasuah
Seorang pegawai kanan polis mengaku tidk bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua pertuduhan menerima rasuah melibatkan kerja ubah suai rumah dan deposit pembelian motosikal berkuasa tinggi bejumlah RM13,500 semasa bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang pada 2018.