Jepun kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara
Kerajaan Jepun mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik pada Khamis (8 Mei), menurut jurucakap kerajaan Yoshimasa Hayashi. Salah satu peluru berpandu tersebut dilaporkan terbang sejauh kira-kira 800 kilometer dengan ketinggian maksimum 100 kilometer sebelum jatuh ke Laut Jepun, di luar Zon Ekonomi Eksklusif negara itu....