Korea Utara dikatakan 'bersedia'
Korea Utara didakwa sedang mempersiapkan barisan ketenteraannya sebagai respon kepada latihan ketenteraan antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Presidennya, Kim Jong Un pada Ahad dilapor mempengerusikan mesyuarat bersama barisan kepimpinan parti mentadbir bagi membincangkan mengenai pendekatan yang disifatkan 'praktikal dan penting'.