Kabinet Perpaduan | Jawab soalan politik di luar waktu pejabat
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata beliau hanya bercakap mengenai hal politik atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden PKR, selepas waktu pejabat.
Dalam satu hantaran di media sosial, Rafizi berkata hal ini perlu kerana sebagai Menteri Kabinet, beliau dibayar untuk menangani isu dan masalah yang dihadapi rakyat.