Skip to main content

Dunia

Musk janji beri dua saham SpaceX kepada setiap kanak-kanak di AS

MUSK: Saham daripada SpaceX akan dipindah milik bulan depan; saham daripada saya pula akan dipindah milik apabila tempoh sekatan penjualan saham saya tamat pada Jun tahun depan. - Gambar fail/AP
MUSK: Saham daripada SpaceX akan dipindah milik bulan depan; saham daripada saya pula akan dipindah milik apabila tempoh sekatan penjualan saham saya tamat pada Jun tahun depan. - Gambar fail/AP
Advertisement

ISTANBUL: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX Elon Musk pada Rabu berjanji untuk memberikan dua saham dalam syarikat aeroangkasanya kepada setiap kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS), satu daripada SpaceX dan satu lagi daripada pegangan saham peribadinya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Setiap kanak-kanak di Amerika akan menerima dua saham SpaceX, satu daripada syarikat itu dan satu lagi daripada saya secara peribadi," tulis Musk di platform media sosial X.

"Saham daripada SpaceX akan dipindah milik bulan depan. Saham daripada saya pula akan dipindah milik apabila tempoh sekatan penjualan saham saya tamat pada Jun tahun depan," katanya.

Advertisement

Pengumuman itu menggandakan jumlah saham yang dijanjikan Musk pada Oktober untuk memberikan satu saham SpaceX kepada setiap kanak-kanak di AS.

Nilai keseluruhan pemberian saham itu dianggarkan kira-kira US$18.4 bilion, berdasarkan harga penutupan saham pada Rabu dan anggaran Biro Banci AS bahawa terdapat kira-kira 72 juta kanak-kanak di negara itu, menurut Axios.

Advertisement

Musk tidak memberikan butiran lanjut mengenai syarat kelayakan atau kaedah pengagihan saham peribadinya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement