Kadar pengangguran terendah dalam 10 tahun - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar pengangguran negara menurun kepada 3 peratus pada Ogos 2025, terendah dalam tempoh sedekad, hasil pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI.
Beliau menegaskan peningkatan gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan keberanian politik kerajaan berdepan tentangan majikan dan kartel besar demi kebajikan rakyat.
