awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas program eHATI antara dua individu dikesan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2025
05:20 MYT
Pengasas program eHATI antara dua individu dikesan polis
Menurut Polis Selangor, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap dua individu yang gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding pertuduhan baru-baru ini. Gambar hiasan
SHAH ALAM: Pengasas program motivasi eHATI antara dua individu dikesan selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka berikutan kegagalan hadir ke mahkamah bagi prosiding pertuduhan baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Waran tangkap dikeluarkan terhadap pengasas program motivasi eHATI dan seorang individu kerana gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding pertuduhan baru-baru ini.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan kegagalan kedua-dua individu tersebut hadir untuk menghadapi pertuduhan yang dijadualkan sebelum ini.
  • Usaha sedang giat dijalankan oleh pihak polis untuk mengesan kedua-dua individu yang tidak didedahkan lokasi mereka bagi melancarkan proses pencarian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kedua-dua individu berkenaan sepatutnya hadir bagi menghadapi pertuduhan yang dijadualkan sebelum ini namun mereka gagal berbuat demikian.
"Dua waran tangkap telah dikeluarkan terhadap dua individu termasuk pengasas eHATI kerana gagal hadir semasa pertuduhan hendak dijalankan di mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Katanya, pihak polis kini sedang berusaha mengesan kedua-duanya dan enggan mendedahkan lokasi mereka bagi melancarkan proses pencarian.
"Saya tidak boleh dedahkan di mana mereka berada, namun usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan kedua-dua individu terbabit,” katanya.
Difahamkan, pengasas eHATI bersama seorang lagi individu itu sepatutnya didakwa pada 14 Oktober lalu bersama pasangan suami isteri yang juga merupakan doktor dalam bidang kesihatan dan kecantikan.
Sebelum ini, seramai 95 individu telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15, Shah Alam, pada September tahun lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#eHATI
#program motivasi
#pengasas eHATI
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan