Terengganu catat kadar pengangguran sebanyak 4.1 peratus dan ia masih berada di bawah paras pengangguran negara iaitu 4.2 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata pengangguran itu melibatkan seramai 19,900 individu yang berusia lingkungan 18 tahun hingga 40 tahun.