Skip to main content

Dunia

Rakyat Palestin kebumikan 70 mangsa ditemukan di bawah runtuhan di utara Gaza

Dianggarkan 8,000 mayat dan cebisan jasad manusia masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Semenanjung Gaza. - X: @Aljarmaqnetnews
Dianggarkan 8,000 mayat dan cebisan jasad manusia masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Semenanjung Gaza. - X: @Aljarmaqnetnews
Advertisement

BANDARAYA GAZA: Ribuan rakyat Palestin pada Ahad menghadiri upacara pengebumian 70 mangsa yang mayat mereka ditemukan di bawah runtuhan bangunan dan rumah yang musnah akibat pengeboman Israel di kawasan Al-Saftawi, utara Bandaraya Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Menurut wartawan WAFA, penduduk dan pasukan tempatan berjaya menemukan kira-kira 70 mayat, termasuk 60 yang telah dikenal pasti identitinya, meskipun berdepan pelbagai halangan, sumber yang terhad serta kekurangan peralatan untuk membersihkan runtuhan dan mengeluarkan mayat mangsa.

Operasi mencari dan mengeluarkan mayat masih diteruskan di seluruh Semenanjung Gaza menerusi penyelarasan antara pihak berkuasa tempatan dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bagi mendapatkan mayat dan cebisan jasad manusia daripada bangunan yang musnah akibat pengeboman Israel di pelbagai kawasan wilayah itu.

Advertisement

Dianggarkan 8,000 mayat dan cebisan jasad manusia masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Semenanjung Gaza sejak bulan-bulan awal tindakan genosid Israel.

-- BERNAMA-WAFA

Must Watch Video

Advertisement