Kanada hilang status bebas campak, rantau Amerika terjejas selepas wabak berpanjangan
Kanada secara rasmi kehilangan status bebas campak selepas gagal membendung penularan selama lebih 12 bulan, menyebabkan seluruh rantau Amerika turut terjejas. Lebih 5,100 kes direkodkan sejak Oktober 2024, dengan kadar vaksinasi rendah menjadi punca utama.
