Kanak-kanak Gaza mula sesi persekolahan
Dalam cuaca sejuk dan di lantai khemah yang sesak, Toulin Al-Hindi, 7, mengikuti sesi pembelajaran sambil ditemani bunyi tembakan dan letupan dari kawasan dikuasai tentera Israel kurang satu kilometer dari sekolahnya. Namun, selepas lebih dua tahun perang, kanak-kanak itu tetap bersyukur kerana akhirnya dapat kembali ke sekolah.
