Skip to main content

Advertisement

Kemalangan | Kakitangan Pejabat Perhutanan maut

Kemalangan | Kakitangan Pejabat Perhutanan maut

Seorang kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Dungun maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori sejuk beku pada Sabtu.

Dalam nahas kira-kira jam 4 petang di kilometer 65 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Jerangau Sungai, Dungun, mangsa Abdul Hannan Abdul Hadi, 22 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.