Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Terserah kepada pimpinan putuskan ‘poster boy’ PH - Fahmi

Fahmi turut menggesa semua pihak memastikan persaingan politik berlangsung secara sihat, termasuk mengelakkan penyebaran kandungan palsu dan berunsur fitnah terhadap mana-mana calon yang bertanding. - Foto Astro AWANI
Fahmi turut menggesa semua pihak memastikan persaingan politik berlangsung secara sihat, termasuk mengelakkan penyebaran kandungan palsu dan berunsur fitnah terhadap mana-mana calon yang bertanding. - Foto Astro AWANI

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pakatan Harapan akan menyerahkan keputusan pemilihan ‘poster boy’ PRN Melaka kepada pimpinan gabungan itu.
  • Fahmi Fadzil menegaskan keutamaan adalah memastikan pertandingan politik berlangsung secara sihat dan mengelakkan penyebaran kandungan palsu atau fitnah.
  • MCMC telah menjalankan pemeriksaan capaian internet di pusat mengundi dan menjangkakan tiada masalah akses pada hari pengundian.
Advertisement

SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil menyerahkan kepada pimpinan gabungan itu untuk menentukan individu yang bakal dipilih sebagai ‘poster boy’ bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Beliau berkata, fokus ketika ini adalah memastikan pertandingan berlangsung secara sihat.

“Kita mengambil sikap, kita akan fokus kepada pertandingan yang sihat dan apa-apa keputusan nanti (mengenai poster boy) akan dibuat oleh pimpinan,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas beliau merasmikan Hari Kurier Negara 2026, di sini, pada Sabtu.

Advertisement

Dalam perkembangan sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau akan ke Melaka esok bagi meninjau pusat media, selain melihat perkembangan persiapan menjelang pilihan raya berkenaan.

Beliau turut menggesa semua pihak memastikan persaingan politik berlangsung secara sihat, termasuk mengelakkan penyebaran kandungan palsu dan berunsur fitnah terhadap mana-mana calon yang bertanding.

Advertisement

Menurutnya, orang ramai yang mengesan kandungan sedemikian di media sosial diminta menyalurkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Saya juga ingin ingatkan, kita juga boleh buat aduan terus kepada platform… jadi buatkan aduan kepada Facebook, TikTok dan sebagainya. Pada masa sama, boleh buat aduan dengan pihak MCMC. Insya-Allah kita akan memantau,” katanya.

Fahmi berkata, usaha itu penting bagi memastikan ruang kempen tidak disalahguna untuk menyebarkan maklumat palsu atau kandungan yang boleh menjejaskan calon bertanding.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MCMC telah menjalankan pemeriksaan berkaitan capaian internet di pusat-pusat mengundi bagi memastikan kelancaran akses pada hari pengundian.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan berkenaan, MCMC menjangkakan tiada masalah capaian internet di pusat-pusat mengundi pada hari berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement