Kenyataan Tim Leissner | SPRM tidak pernah henti siasat Najib Razak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ia susulan kenyataan yang dibuat Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara, Tim Leissner dalam prosiding mahkamah di Amerika Syarikat.